Sunday, 24 March 2013

A tribute to My Chemical Romance

Assalamualaikum.

Aku sedihh! ARGHH! *tendang kerusi, tolak buku atas meja, tapi megi kari yg tgh berasap tu aku alihkan dulu tepi2, nanti nak makan. (motip aku mengamuk??hahaha histeria sgt..) Ehemm, blog aku, biarlah nak over pun :P. Aku sedih bukan sebab putus cinta, kena marah oleh abah aku, bukan juga sebab tak sempat dapatkan bantal Doraemon KFC, tapi sebab aku dapat tau MCR dah dibubarkan. hukhuk sedihlaa..T_T.
Semalam, sedang aku seronok2 buat latihan Chemdraw sambil dgr Traxx fm, tiba2 aku hairan sebab lagu2 yang diputarkan rata2 lagu MCR. Takkan ada segmen khas Traxx fm yang mainkan lagu2 band setiap malam Ahad??? Pastu bila dj tu cakap, "this is tribute to My Chemical Romance cuz they just break up after been together for twelve years". Aku tercengang dengar, pastu aku jerit "NOOOOOOOOOOOOOOO!!" *ecehh bajet omputih letteww~ Yang aku hairan, tak de plak dia bgtau sebab2 diorang berpecah.....


Aku mmg peminat tegar MCR. Sejak form 2, aku jatuh hati kat band ni. Lagu2 diorang zaman skolah menengah dlu, aku hafal. Lagu2 diorang la yg menyatukan aku dan kwn2 baik aku time tu drp jd dekat, kpd rapat.hekhek.. Ayat xleh blah.. Kalau aku dengar je lagu diorang, mesti aku rasa bersemangat dan rasa macam ada kekuatan dtg menyerbu tiba2. Tak kisahla lagu diorang jenis macam mana pun.. Rock ke, emo ke, aku suka semua! Kadang2 aku pun pelik, kenapa penangan band ni kuat sangat pada aku.. Takkan lagu pun ada aura..huhu

Masa aku form 2 dulu, aku mula kenal band ni dengan lagu I don't love you.  Banyak kenangan berkait ngan lagu ni. Kenangan jiwang2 kononnya..hehe.. First time aku dengar lagu ni kat radio, terus aku cerita kat bff aku. Setiap kali dengar, aku mula hafal lagu tu.. Bila dah tengok video, aku jatuh cinte kat Gerard Way, vokalis dia.. <3 Melting melting like butter on a hot pan <3.. @_@ Hensem gilerrr.. Arghh peduli la kalau orang nak kata aku suka orang kafir pun. Motip nak emo?? haha.. Lepas dgr lagu tu, aku mula cari lagu2 lain MCR.. Welcome to The Black Parade, Helena, Famous Last Words, Mama, Cancer, I'm Not OK, Disenchanted, This Is How I Disappear, The Ghost Of You, Na Na Na,  n byk lagi, sume dah jadi kegilaan aku. Aku suka lagu2 diorang sebab nilai sentimental yang ada pada lagu tu, lirik dia yang membawa seribu maksud, seolah2 memberi sinar pada orang yang dah putus asa dalam hidup, kisah disebalik lagu, dan yang paling penting, cara Gerard Way nyanyi (bersungguh2, kalau orang tak faham English pun bleh faham kot bila tengok dia perform hehe). Kalau tak caya, cuba tengok video clip Famous Last Words. *sambil menaip pun, boleh bayang mimik muka dia nyanyi @_@

Lagu Cancer, sgt2 menarik bagi aku. Lagu ni bagi harapan pd orang yg sakit kanser, aku dengar je lagu ni, terus bayang berada dalam kasut dia... tsk tsk T_T.. Lagu Helena plak, mcm berhantu je.. Sebab dah la video dia pasal perempuan yang mati, pastu pernah satu malam, aku tidur sambil dengar lagu2 MCR yang aku save dalam hp, tibe2 aku terkejut, rasa macam orang datang kejut, padahal takde orang pun dalam bilik aku tu. Pastu aku perasan mp3 hp aku on lagi, dgn lagu Helena yg dimainkan.. Terus rasa meremang bulu roma, dgn jantung berdegup kuat, sebab aku rasa macam ada semangat datang msa dgr lagu tu dalam keadaan mamai tu. Ntahla, nak cerita pun tak reti. HAHAHAHAHA.. *gelak bukan men kuat, lempang bru tau.


Aku buat entry ni bukan untuk melalut sebenarnya, tapi nak cerita pasal MCR dah dibubarkan.. Sedih sangat, band faberet aku dah takde. T_T. Aku tak tau punca diorang berpecah, tapi satu je yang aku tau, AKU TAK NAK DIORANG BERPECAH! Bukan sekarang, bukannnnnnn..... Baru 12 taun, takkan dah berpecah... Datang la Kemaman dulu baru nak berpecah pun.. Takdela aku makan hati cenggini.. huhuu.. *hamboi, dtg Kemaman bagai, memang taklah kan.. Hmm lepas ni dah takde lagu2 MCR yang bleh aku jadikan 'lagu keramat aku'.. Aku pasrah, nak buat camne, diorang dah bosan perform agaknya.. huuu Gerard Way now go awayyyyyy~



Dah banyak membebel, aku sediakan gambar plak ye...:)

2001-2013, gambar awal kemunculan hingga album yang terakhir. Gambar ktiga tu gambar album The Black Parade, zaman aku mula kenal diorang.

Dulu metal je nmpak, skang innocent look :D

'Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!' haha

Last words from the die-hard fan. Songlap dari twittter. Aku letak gambar ni sebab aku setuju ngn dia  :)

Okay, I try not to cry.. hakikat- huwaaaa!! T_T sobb sobssss

I will always love you like I love you yesterday.

Au revoir MCR. Thanks for the love. You are the savior of the broken. Your musics will be missed.....


Ini apa yang MCR cakap masa diorang umumkan berita tu dalam website diorang:

"Being in this band for the past 12 years has been a true blessing. We've gotten to go places we never knew we would. We've been able to see and experience things we never imagined possible. We've shared the stage with people we admire, people we look up to, and best of all, our friends. And now, like all great things, it has come time for it to end. Thanks for all of your support, and for being part of the adventure."

Dan ini yang Gerard Way tweet:

"Beyond any sadness, what I feel the most is pride" 
"Like all great things, time has come for it to end"

:) senyum je baca tweet dia...

Ok tata.. Nak sambung makan megi kari kembang :P

4 comments:

  1. aloo..so sad..xpe..
    nti lau mcr dtg kmaman wat surat,cpt2 bg..jgn xsmpt plak cm kt stdium g.badak aritu..HAHAHAHAHA.. *gelak bukan men kuat, lempang bru tau..nomey ngt3..

    ReplyDelete
  2. eh ehh tau mane uh uh???? >__< seyeslaaa, spe gtau ni?? psl yg stdium g.badak tu..

    ReplyDelete
  3. hahaa..fatin2..(hnya mampu tsenyum)

    ReplyDelete
  4. Cukup 4tahun nufa xberkata2 ��

    ReplyDelete