Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday 26 July 2012

Ramadhan comes again! Yayy!

Assalamualaikum..



Alhamdulillah.. Dah enam hari kita berpuasa.. Dan aku rasa sempat lagi untuk ucapkan selamat menjalani ibadah puasa! =') Aku bersyukur kerana nyawa masih dipanjangkan untuk menikmati Ramadan yang mulia tahun ini.. Bulan untuk kita umat Islam sama2 mencuci hati dan membersihkan diri daripada dosa dan noda dunia.. InsyaAllah, kita akan terus istiqamah dalam beribadat, untuk dapatkan pahala yang berlipatganda yang telah dijanjikan oleh Allah untuk hamba2-Nya pada bulan yang penuh barakah ini...

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan….menyerulah Malaikat, katanya: "Wahai orang yang mencari dan berkehendakkan kebaikan: Tampillah mengerjakannya, dan wahai orang yang merasa mahukan kejahatan; berhentilah dari meneruskannya; dan (ketahuilah) Allah banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka daripada memasukinya."Seruan dan keampunan yang demikian, ada pada tiap-tiap malam (dalam bulan yang tersebut)."


Pengajaran hadis:

i) Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia dan diberkati oleh Allah S.W.T.
Ii) Tiap-tiap amal kebajikan yang dikerjakan padanya akan diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda berbanding pada bulan-bulan yang lain.
Iii) Umat Islam diseru agar tidak mensia-siakan keberkatan di bulan ini ,malah sewajarnya merebut peluang yang ada dengan menambahkan lagi ibadat dan amal kebajikan.
iv) Bersempena dengan kemuliaan bulan ini juga umat Islam ditegah daripada mendekati perkara yang dilarang dan mungkar kerana pada bulan ini rahmat dan kasih sayang Allah amat luas sehingga orang-orang yang telah dijanjikan neraka sekalipun akan dibebaskan oleh Allah dengan berkat kebaikan yang dilakukannya. 


Pastikan kita sama2 manfaatkan kedatangannya! =)

Bulan Ramadan ada banyak sangat fadilatnya.. Alangkah amat beruntungnya kita semua dilahirkan sebagai umat Islam untuk memperoleh syafaat bulan puasa ini sejak dari kecil. =')


 Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:

‘Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:
1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi.
2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.
3. Setiap hari Allah menghias syurga-Nya sambil berkata, ‘Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.’
4. Pada bulan ini diikat syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.
5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?’ Beliau menjawab, ‘Tidak, karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.’ (H.R Ahmad)
 





Dan pastikan korang bersahur tau.. Jangan malas bangun sahur, nanti takde tenaga pulak nak buat rutin seharian korang.. Bangun minum air seteguk, makan sesuap nasi pun dah jadi, janji bangun.. SEBABNYA.. Sahur pun ada kelebihannya.. =)

 
Rasulullah s.a.w bersabda:

'Sahur itu seluruhnya berkat, karena itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, karena Allah dan malaikat-Nya memberi selawat kepada orang-orang yang makan pada waktu sahur.' (H.R Ahmad)



Inilah bulan penuh keberkatan, yang dinanti-nantikan seluruh umat Islam.. Masa inilah kita perlu bersemangat untuk bersihkan jiwa daripada belenggu dosa, luangkan masa untuk tambah amal ibadat, basahkan lidah dengan zikrullah, sempurnakan solat tarawikh dan lain2.. Kerana pahala amal ibadat akan dilipatgandakan. Sungguh besar nikmat Allah kurniakan untuk hamba2-Nya.. =')

Dan jangan lupa, tinggalkan perkara yang sia-sia dan lagha *eh, sama je kan dua-dua tu?. Contohnye, main ps3, nyanyi memekik melolong, n etc.. Bukan tak boleh, tapi seelok-eloknya kita isi masa dengan perkara yang mendatangkan kebaikan kepada kita, seperti baca al-Quran.. Haa.. Kan dapat pahala.. Dapat tenangkan hati lagi.. 

Jadi tunggu apa lagi?? Kita perlu menang! Menang apa?? Menang dalam cabaran menyempurnakan iman di sepanjang bulan Ramadan! Ayuh saudara se-Islamku sekalian! Sama2 kita sempurnakan Ramadan kali ini, dan semoga kita dapat dipertemukan dengan Ramadan yang seterusnya.. InsyaAllah, Amin.. =D

 


Meet me Fatin Aiviana =D


P/s: Nanti sahur nak makan ape ek.. Hurmm..

Monday 16 July 2012

Dia cantik yg amat. Fullstop.

Assalamualaikum sume..

Arini tetibe je aku teringat ttg retis ni. Dah lama aku tak tengok dia berlakon.. Rindu plak kat lakonan dia.. Time kecik2 dulu, masa drama lakonan dia tgh hot mcm maggi kari xtra pedas mamee + cili api byk2 *perghhhh,eh ttbe je kan, kalau aku pegi sekolah je, kawan2 duk cakap2 pasal drama dia. Kat umah, jgn tanya ar, lg dasat, dgn mak,  kakak n abg2 aku skali duk ikut flow drama dia.. Sedara datang umah je, dorang pot pet pot pet pasal drama tu gak.. *eceh, nak kata konon hot sangat drama tu. =_='

Tapi seyes aku rasa mmg drama tu bawak penangan yg amat kat surirumah-surirumah, termasuk amah2 indon maupun filipina time tu. *over je. Kalau tak silap aku, taun 2002 kot drama dia disiarkan kat TV 2..

Ehh jap, jap.. Aku tak mention lg kan drama ape die blakon kan?? N sape retis tu pun aku tak sebut lg kan?? Kikikik cetus saspen je aku ni *muke senyum burok mintak penampor.

Korang le teka tak sapa dia?? Alaa.. Korang jgnla scroll down lagi, ni lah masanya korang test daya fikiran korang tu.. Bagi otak korang cerdas sikit.. *muke senyum manis nak suh korang ikut cakap.NGEEE...
Korang kan minat retis2 ni..hehe *err? Bukan gurls mmg suke amik tau pasal dunia retis ke? *ehh??
Fine, correct me if I'm wrong. Heheehee

So, sapa ntah retis yg aku maksudkan tu?? Neelofa? Taklah.. Die retis baru.. Erra Fazira? Pun bukan.. *eh, apsal ko tanya n ko jawab ek? nak mintak penumbuk ke? =_= (cehh, banyak plak aku melalut kan).

Okeh korang, aku bagi hint. Dia bukan org Mesia ek.. Bukan gak org Indon.. Orgnya cakap Tagalog, haa mane lagi kalau bukan Filipina..
Yup, dia Filipino. Mahal kita. *err, ttbe.
N she is....*drum roll, jeng jeng jeng...

                 








KRISTINE HERMOSA!!














Kenal tak kenal tak??=)


Cantikkan senyuman die...*_*


Urmm maybe ada jugak yang tak kenal retis ni.. Jadi, meh aku cite serba sikit pasal dia ni..
Nama mak bapak dia bagi: Kristine Hermosa Orille
Nama manja: Tin ( macam nama pggilan aku jek. AWW~ :') )
Umur:  29 tahun
Mak dia Spanish, bapak dia Filipino (no wonderla cantik jelita dia ni..)
Kristine jd pelakon masa umur 12 taun, lepas dia ikut kakak dia, Kathleen Hermosa (skrg pelakon gak), pegi audition untuk rancangan dalam tv ABS-CBN.

Kristine without make-up, just flawless...


Sebab dia tinggi n cantik masa tu, dia pun ditawarkan berlakon untuk pertama kalinya.. Pastu, bila umur 15 taun, dia berlakon dlm drama bersiri Sa Sandaling Kailangan Mo Ako, yg katanya hit la kt Filipina time tu..

N dia start dikenali ramai kat Mesia negara terchinter kita ni, mase taun 2002 (kalau tak silap aku laa), sbb drama hot Pangako Sa Yo.. Haa, korang ingat cite tu?? Sedih kan kan?? Aku duk tengok mak aku asyik nangis tengok cite tu la dulu2... Dia jadik heroin, yg heronya encem yg amattt, Jericho Rosales. Start dari berlakon drama tu, dia pun kapel la ngan Jericho tu.. Kiranya, Jericho tu chinter pertame dia laa.. Sepadan kott! :')

Kristine and her first love, Jericho ^__^

Pastu dia kembali buat aku n family aku excited duk ngadap drama lakonan dia kat tv, kalau tak silap aku gak, siaran Astro Prima.. Tajuk drama tu Sana'y Wala Nang Wakas.. Cite tu mmg bestttt sgt.. Mungkin sebab lakonan dia berkesan, ditambah plak dgn pelakon encem2, iaitu Jericho Rosales (again!!=) ) n Diether Ocampo.


Drama lakonan diorang ni faveret aku! =)

N fyi, dia dah clash ngan Jericho sbelum depa suma berlakon same2 dalam cite Sana'y Wala Nang Wakas tu.. Bak kata Johan, sedeyh pedeyh... :'(

Then, ironically, dia kapel plak ngan Diether, masa depa tgah shooting drama tu.. Cinte lokasi plak skali lg.. Nak jd jodoh dia, dia kawenla ngan Diether tu.. But, lepas 5 tahun camtu, diorang bercerai-berai.. Pasal apa?? Mengikut sumber yg dipercayai, Diether tu ada masalah attitude sket.. Dia dilabel sebagai aktor bermasalah oleh pihak media.. Kesian plak.. Pasal tu laa diorang cerai...


Saat-saat bahagia baru kawen huhu (yg laki tu Diether)

Lepas Tin (ehem,bukan aku yek, si Kristine ni laa) blakon cite2 lain, dia pun ada affair la ngan aktor-aktor Filipina yg lain.. Malas aku nak sebut satu2, hehe..

AND...

FINALLY!


Dia temui cinta sejati! *mata kelip2, tangan pegang pipi.


Laki tu ialah Oyo Sotto (please percaya, nama dia mmg camtu...). Dia ni kalau tak silap, retis gak kot.. Diorang pun berkawen n live happily ever after.. Sampaila la ni. Diorang kawen akhir tahun 2011.. 

Bagai pinang dibelah-belah ikut suka ati mak depa.

Majlis kawen takde media, just family n friends. Aww gojess~

Sweet gila! Look, They wore sneakers! kau hade?? XD


N sekarang, diorang ada dua anak, sorang anak angkat lelaki bernama Kristian Daniel n anak kandung pompuan, Ondrea Bliss.


Happy mom n doter! :'D


Aku ni dalam malas2 aku pun, aku rajin plak update blog pasal retis yang aku suka. Haha pelik aku.. Aku letak gambar banyak-banyak sebab nak bagitau korang incase korang tak kenal dia ni.. So, kalau korang nak tau lebih lanjut pasal dia ni, korang rajin-rajinla google search ek.. =)

** Gambar-gambar sume aku curik dari Pakcik Google. Die mmg baik ati ^_^


Till here, assalamualaikum.. :)

Tuesday 10 July 2012

Rage Cartoon versi BM

Fuhh.. 
Berhabuk, bersawang, berkulapuk dah blog aku ni..
Hehh, dulu excited sangat nak buat blog, dah ada, tak update2 jugak..haiyo..
Penyakit malas punya pasal.. Korang apa cerita?? Harap semua baik2 jela ek.. Semoga semua sihat walafiat mcm aku ni..haha kerja TLDM (tidur, lepak dan makan) je sekarang ni.. Cuti akhir semesterlah katakan.. Jangan sampai naik badan berkilo-kilo sudah.. Janganla, please jangan..Aminnn...

Aritu aku ada download application rage maker dari market android.. Aku memang suka lah rage cartoon tu.. Korang suka jugakkan? Memang lawakla kartun tu! Shuke shuke! :) So tangan aku pun gatallah nak melukis kartun2 camtu.. Aku taknak buat dalam BI, sbb rage cartoon tu sendiri dalam bahasa omputeh tu.. Konon nak martabatkan BM la aku ni.. hehehe..
So, ni lah hasilnya..

Percubaan pertama- tambah ayat je mueheehee

Percubaan kedua- dah pandai lukis sikit2 wkwkwkwk :P







 




Perasan tak perasan tak? Yang muka kartun tu bukan aku yang lukis pun.. Yelaa, kalau aku lukis, xlah jadi rage cartoon pulak.. huhuu.. Ok, jumpa di lain entry.. Assalamualaikum.. :)