Wednesday, 22 August 2012

Aidilfitriku tak semeriah dulu

 Assalamualaikum...


Salam aidilfitri kepada semua umat Islam..
Hari ni syawal keempat.. Cepatnya masa berlalu..
Hari raya aku kali ni tak seperti dulu, ianya suram dan tak meriah..


Aku ada sesuatu untuk berkongsi..
Perkongsian kisah yang aku harapkan dapat menjadi iktibar buat semua orang..


Pada subuh 1 syawal, aku dikejutkan dengan berita pemergian sepupuku yang paling tua dalam keluarga besarku..
Arwah sangat baik, sentiasa senyum dan perwatakannya yg bersahaja menyenangkan semua org yg berada di sekelilingnya..


 Pada usia yg masih muda, 32 tahun, arwah meninggal dunia..
Lebih kurang 4 bulan sebelumnya, arwah berkahwin dgn wanita pilihannya..
Semua orang amat bergembira untuknya, kerana setelah lama membujang, akhirnya arwah menemui jodohnya..
Tetapi, bahagia yg diharapkan berkekalan, tidak pun menjadi kenyataan..
Apabila si isteri menduakan suaminya.. 
Si isteri yg TAK LAYAK bergelar seorang isteri......
Kerana itu, arwah tertekan sehingga masuk hospital selama seminggu..
Akhirnya arwah berpisah dgn wanita itu..
Disebabkan tekanan, arwah mendapat penyakit jantung.. 
Dan itulah punca kematiannya...  :"(


Sungguh, aku amat sedih dengan pemergiannya..
Terbayang di ingatan, pada malam raya, arwah datang ke kampung..
Aku mengambil gambarnya 2 keping..
Dan arwah sempat berseloroh bahawa dia tak muat dalam gambar..
Oleh kerana fizikalnya yang besar..
Semua sepupu dan saudaraku mendengarnya sambil gelak-gelak..
Tetapi kerana fizikalnya itulah yg membuatkan arwah dikenali ramai, disenangi dan disayangi semua.. :"(


Malam raya itu....
Malam yg sungguh akanku ingat sampai bila-bila..
Kerana itulah memori terakhirku bersama arwah..
Pada ketika itu juga..
Arwah mengajakku pergi melihat orang bermain mercun dan bunga api di Batu Enam, dekat dengan kampungku, pada pukul 12 malam..
Aku hanya tersenyum, hati terdetik juga mahu pergi.. Tetapi aku diamkan sahaja..
Arwah pun mengajak abangku untuk pergi sekali,
tetapi abangku tak mahu..
Katanya malam itu ada siaran perlawanan bola sepak..
Arsenal vs Sunderland..
Kerana dia tak mahu, aku juga tak boleh pergi..
Langsung tidak terlintas di fikiran aku, untuk aku ajak sepupuku yang lain untuk pergi sama..
Aku terkilan....
Terkilan kerana permintaan terakhirnya tak dipenuhi.. :"(




Dan aku tak sempat melihat arwah pulang ke rumahnya..
Kerana sibuk membantu memasak di dapur..




Dan keesokannya, aku mengetahui bahawa dia sudah tiada..
Sedihnya.. Allah saja yang tahu...
Semua ahli keluargaku tidak menyangka sama sekali bahawa perkara ini terjadi...
Kerana arwah nampak sangat sihat pada malam raya..
  Yang membuatkan kami bertambah sebak, adalah arwah sempat makan masakan raya yang ibu dan ibu saudaraku sediakan.. 
Nasi berlaukkan rendang ayam, sambal sotong dan sambal bilis..
Malah arwah juga makan banyak malam tu..
Sedangkan sebelum ini arwah hanya makan sedikit saja.. 
Katanya, nak makan raya selalu... 
Allah..... :'"(
Seperti arwah tahu dia tak sempat makan pada pagi raya....




 Perkara yang paling menyebakkan adalah, arwah meninggalkan kami semua pada pagi 1 syawal...
Saat umat Islam bergembira bersama sanak saudara, rakan taulan..
Kami mendapat dugaan sebegini..
 Walaubagaimanapun, kami redha di atas dugaan-Mu Ya Allah.. 



Sesungguhnya, tiap2 satu kejadian ada hikmahnya..
Dan kami redha..
Ya Allah, Kau ampunkanlah dosanya, Kau cucurilah rahmat ke atas rohnya..
Semoga Along berada di kalangan orang2 yg beriman..
Aminnn..


Pada sesiapa yang membaca entri ini, saya mohon supaya hadiahkan Al-Fatihah buat arwah.. 
Terima kasih..



Gurauan terakhir abangku pada Along di malam raya.. (kereta Along)


Apa yang aku harapkan dapat menjadi iktibar buat semua adalah, hargailah orang tersayang selagi nyawanya masih dikandung badan.. Jangan apabila mereka telah pergi, baru kita hendak menyesali perbuatan n menangisi kepergiannya... 
Ketika itu, sudah tiada apa lagi yang dapat kita lakukan, selain menyesal...
Daripada-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali..
Peringatan ini untuk semua, termasuk diri ini..


Tenanglah kamu di sana, Along.. :"(
 Kami semua pasti merinduimu...






2 comments:

  1. inna lillahi wa inna ilaihi roji'un..semua yg datang dari Allah pasti akan kembali kpd-Nya..sabar nufa neh, ada hikmahnyer..doakan kesejahteraan dia..

    ReplyDelete