Thursday, 26 July 2012

Ramadhan comes again! Yayy!

Assalamualaikum..



Alhamdulillah.. Dah enam hari kita berpuasa.. Dan aku rasa sempat lagi untuk ucapkan selamat menjalani ibadah puasa! =') Aku bersyukur kerana nyawa masih dipanjangkan untuk menikmati Ramadan yang mulia tahun ini.. Bulan untuk kita umat Islam sama2 mencuci hati dan membersihkan diri daripada dosa dan noda dunia.. InsyaAllah, kita akan terus istiqamah dalam beribadat, untuk dapatkan pahala yang berlipatganda yang telah dijanjikan oleh Allah untuk hamba2-Nya pada bulan yang penuh barakah ini...

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan….menyerulah Malaikat, katanya: "Wahai orang yang mencari dan berkehendakkan kebaikan: Tampillah mengerjakannya, dan wahai orang yang merasa mahukan kejahatan; berhentilah dari meneruskannya; dan (ketahuilah) Allah banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka daripada memasukinya."Seruan dan keampunan yang demikian, ada pada tiap-tiap malam (dalam bulan yang tersebut)."


Pengajaran hadis:

i) Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia dan diberkati oleh Allah S.W.T.
Ii) Tiap-tiap amal kebajikan yang dikerjakan padanya akan diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda berbanding pada bulan-bulan yang lain.
Iii) Umat Islam diseru agar tidak mensia-siakan keberkatan di bulan ini ,malah sewajarnya merebut peluang yang ada dengan menambahkan lagi ibadat dan amal kebajikan.
iv) Bersempena dengan kemuliaan bulan ini juga umat Islam ditegah daripada mendekati perkara yang dilarang dan mungkar kerana pada bulan ini rahmat dan kasih sayang Allah amat luas sehingga orang-orang yang telah dijanjikan neraka sekalipun akan dibebaskan oleh Allah dengan berkat kebaikan yang dilakukannya. 


Pastikan kita sama2 manfaatkan kedatangannya! =)

Bulan Ramadan ada banyak sangat fadilatnya.. Alangkah amat beruntungnya kita semua dilahirkan sebagai umat Islam untuk memperoleh syafaat bulan puasa ini sejak dari kecil. =')


 Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:

‘Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:
1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi.
2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.
3. Setiap hari Allah menghias syurga-Nya sambil berkata, ‘Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.’
4. Pada bulan ini diikat syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.
5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?’ Beliau menjawab, ‘Tidak, karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.’ (H.R Ahmad)
 





Dan pastikan korang bersahur tau.. Jangan malas bangun sahur, nanti takde tenaga pulak nak buat rutin seharian korang.. Bangun minum air seteguk, makan sesuap nasi pun dah jadi, janji bangun.. SEBABNYA.. Sahur pun ada kelebihannya.. =)

 
Rasulullah s.a.w bersabda:

'Sahur itu seluruhnya berkat, karena itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, karena Allah dan malaikat-Nya memberi selawat kepada orang-orang yang makan pada waktu sahur.' (H.R Ahmad)



Inilah bulan penuh keberkatan, yang dinanti-nantikan seluruh umat Islam.. Masa inilah kita perlu bersemangat untuk bersihkan jiwa daripada belenggu dosa, luangkan masa untuk tambah amal ibadat, basahkan lidah dengan zikrullah, sempurnakan solat tarawikh dan lain2.. Kerana pahala amal ibadat akan dilipatgandakan. Sungguh besar nikmat Allah kurniakan untuk hamba2-Nya.. =')

Dan jangan lupa, tinggalkan perkara yang sia-sia dan lagha *eh, sama je kan dua-dua tu?. Contohnye, main ps3, nyanyi memekik melolong, n etc.. Bukan tak boleh, tapi seelok-eloknya kita isi masa dengan perkara yang mendatangkan kebaikan kepada kita, seperti baca al-Quran.. Haa.. Kan dapat pahala.. Dapat tenangkan hati lagi.. 

Jadi tunggu apa lagi?? Kita perlu menang! Menang apa?? Menang dalam cabaran menyempurnakan iman di sepanjang bulan Ramadan! Ayuh saudara se-Islamku sekalian! Sama2 kita sempurnakan Ramadan kali ini, dan semoga kita dapat dipertemukan dengan Ramadan yang seterusnya.. InsyaAllah, Amin.. =D

 


Meet me Fatin Aiviana =D


P/s: Nanti sahur nak makan ape ek.. Hurmm..

2 comments: