Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday 10 March 2013

Makaroni Bakar Senang Giler

Assalam! Hari ni kebosanan, nk share resepi la. Kalau rajin, leh cuba ye awak2. Tak susah pun, tgok title entry la..hikhik

Ok, benda yg wajib ada utk masak makaroni bakar ni:

250g makaroni (apa2 jenis pun boleh, memasak ni xda batasan yedak? Fatin pakai jenis elbow, comey sikit)-rebus ngan sdikit minyak, tos, n gaul ngn minyak sayur sikit.

5 biji telur gred A, 200 ml susu cair 2 sudu teh tepung gandum, 1 sudu teh garam, 1 sudu teh gula- campurkan sume, kacau sebati untuk dijadikn kastad.

Daging ayam kisar dan daging lembu kisar yg dimasak bersama sos spageti merah Prego @ Kimball. Tambah garam kalau suka.

Sos carbonara Prego sikit, utk dgaul bsama topping.

1 ulas bawang besar, 2 sudu besar serbuk kari, udang kecik, cendawan shitake, cendawan butang, sosej, crab filament stick (kuantiti ikutla byk mana pun, optional, sebagai topping)-tumis bwg, msukkan serbuk kari n bahan2 yg lain.

Lada benggala merah/kuning/hijau, daun bawang, daun ketumbar/sup (kalau xminat sayur, xyah letak)

Keju slice & keju mozzarella (xda keju, xsedapla jdnya)

Ok, untuk lebih faham, tgok gambar ye..




Bahan-bahan topping, sila potong comey2 ye.

Daging lembu kisar, daging ayam kisar dan udang bersedia untuk berkhidmat

Daun ketumbar, daun bawang dan lada benggala dipotong kiub halus2

Tadaa! Daging kisar selamat berkahwin ngan sos spageti Kimball. Sos carbonara Prego pun enterframe meraikan saat bahagia mereka. (Fatin masak asing2, satu daging ayam, satu lagi daging lembu)

Sesi menumis bawang + serbuk kari. Udang pun dicampak sekali.

Maka cendawan dan crab stick yang jeles dgn udang pun semangat join sekali. Tambahlah garam sikit.




**Untuk kastad:

5 biji telur dan susu cair di awal perkenalan


Telur dan susu cair gembira disatukan bersama dgn tepung gandum, garam dan gula. Lepas da bancuh, tapis ye.. Kalau xkena ngn selera, nk lg masin, tambah garam. Kalau sakit, risiko sendiri uhukk.

 *** Panaskan oven 180 darjah Celcius...


Makaroni yang siap direbus dan ditos, letak dalam bekas kaca tahan panas cmni, ataupun loyang. Dan tuangkan bancuhan kastad tadi.

Tabur keju slice + mozzarella sikit. Kalau nak jimat keju, xyah letak.
Letak sos daging td, asingkan camni sebelah2, atau nak campur sekali pun bolehh..
Campurkan topping dgn sos carbonara utk lebih ummpphh. Dan ratakan kasi sama adil.hehe
(yg ni, Fatin tak campurkan sekali.. Kalau campur, lagi sedap!)

Tabur lada benggala, daun ketumbar, dan daun bawang. Kalau nk campurkan sekali dgn bahan topping tadi pun boleh sangat..


Lastly! Taruk keju banyak2, nak kasi efek makan makaroni bakar sambil keju tertarik2 sampai comot mulut.



*** Sedia untuk dibakar! Bakar selama 30-40 minit. Bergantung kepada oven masing2. Fatin bakar 30 minit guna api bawah, pastu tukar api atas bawah, bakar lagi 10 minit.




Voila! Tunggu suam sikit, pastu potong n ngapp! Gambar dah potong xde, lupa nak amik, kes nafsu makan punye pasal!


Fatin dah buat 5 kali, dalam masa seminggu. haha Sebab stok bahan banyak sangat tggal..
(salahkan oven sbb keju jd hangus T_T)


Kalau ada kelapangan, cubalah. Resepi ni Fatin amik dari blog fromintankitchen.blogspot.com/.. Tapi macam biasalah, mesti ada derhaka bab2 ikut resepi orang ni.hehe.. Nak derhaka kat resepi takpe, janji sedappp.. Jangan derhaka kat mak bapak, suami sudah, naya jawabnye..huhu

Happy Monday y'alls!





4 comments:

  1. nak entry sal bbq..ltih buat 2kali..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha letih sikit xpe, asal dr.k da sponsor sparuh..klu rajin sy update sal bbq..heheee

      Delete