Oklah sikit mood lepas tengok vid ni...
Cats always make me smile.. ^^,
Watching videos and pictures of the damn cute cats are always the best medicine for a heartbroken person.
Tapi dalam vid ni, bukn meow je yang comey, baby tu sekali!
Urghh mau dipeluk cubit peluk cubit je dua makhluk tu!
Thanks baby comey olo olo comey ni~
Geram ea kat meow tu..
Nasib baik meow tu penyabar tau baby..
Monday, 30 April 2012
Sunday, 29 April 2012
The greatest apple of my eyes
Assalamualaikum.
"Mie doakan eka dapat jawab dengan sebaik-baiknya.. Jangan gopoh, baca soalan dengan teliti dan fahamkan maksudnya.. Gudluck".
I almost cried when I read that message. She sent the message before I even started walking to the class, to sit for a test. Maybe that one is just a simple message to other people, but to me, seriously it means a lot. When it comes to your mother, such sweet thing will make you emotional. Thank God that now I am studying in my state where I was born. So I don't need to cry a bucket every single day, missing my mother like I used too when I was in Penang. ='D. I mean, I am not that far away from my beloved ones now. Well, Allah knows the best for us.
I will always remember, during those days when I was far from home, she always text, call, asking about my condition. Am I right, am I eating healthily, am I having problems, and etc. Sometimes I was able to control myself from crying while talking to her on the phone, even that was hard to be done cuz I felt so emotional the first moment I heard her voice, but sometimes I failed. Failed terribly. And when that happened, she started to laugh at me. Shame on me. Boo! =')
When I was 10, not sure whether it is exact or not, I had a high fever, where I started to make sounds and cried during my sleep. That time, my father wasn't at home. So I slept with my mother. I was neither wholly asleep nor wholly conscious, but I could see and feel her putting wet cloth on my body. She tried to cool down my body temperature the whole night. I bet she didn't sleep much that night. ='(. The next day I woke up, I felt so good. Ton of thanks mom. I will never forget your deed.
I just love you, since the first blink of my eyes, and I will always be, for eternity. Ya Allah, panjangkanlah umur kedua-dua ibubapaku dan semua ahli keluargaku dan jauhkanlah mereka daripada azab api nerakamu. Amin..
![]() |
These lovely women are the apple of my eyes: mom and elder sister. |
Saturday, 28 April 2012
Zaman kecik-kecik dan bila dah besar
Assalamualaikum.
Rindulah zaman kecik-kecik dulu.. Macam-macam pengalaman aku rasa. Kalau ada mesin masa Doraemon, dah lama pergi balik ke zaman dulu-dulu. Aww.. Memories.. :')
Zaman kecik-kecik
Makan sampai bersepah nasi atas meja tapi tak ada orang berani marah.
Bila dah besar
Makan sehabis sopan. Malu orang tengok kalau tertumpah sana, tertumpah sini. Anak daralah katakan.. =_=
Zaman kecik-kecik
Petang-petang main kejar-kejar, main polis entry, main sorok-sorok, nak dekat maghrib baru masuk rumah.
Bila dah besar
Petang-petang tengok tv/main lappy je sebab tak ada orang nak ajak beriadah. Jiran-jiran dah besar, masing-masing buat hal masing-masing. =_=
Zaman kecik-kecik
Kalau bergaduh dengan adik, sampai tarik-tarik rambut. HAHA!
Bila dah besar
Dah tak gaduh-gaduh dah. Matanglah konon-konon. XD
Zaman kecik-kecik
Abah selalu bawak satu family pergi taman permainan. Yeay yeayy!
Bila dah besar
Mie je yang selalu bawak anak-anak jalan-jalan kat luar. Abah busy. T_T
Zaman kecik-kecik
Malam-malam abang selalu cerita lawak/hantu sebelum tido. ( kami tido sebilik 4 beradik :') )
Bila dah besar
Malam-malam kakak pulak cerita tentang pengalaman (kisah cinta obviously) dia sambil kitorang gelak-gelak sebelum tido. :'D
Zaman kecik-kecik
Selalu mandi sungai beramai-ramai dengan sepupu dan adik beradik bila duduk kat kampung.
Bila dah besar
Tak manis anak dara mandi kat sungai. Dah bertahun tak mandi sungai... T_T
Zaman kecik-kecik
Bila main masak-masak, mesti aku yang tukang masak, orang lain tukang bagi barang masak.
Bila dah besar
Memang kerja akulah tolong mie masak. Cookin' is fun u know?
Zaman kecik-kecik
Selalu dapat duit kalau pegi rumah sedara-mara.
Bila dah besar
Kalau pegi pun tak dapat kecuali masa hari raya. Dem it!
Zaman kecik-kecik
Selalu beli eskrem kalau pakcik eskrem datang lalu kat depan rumah.
Bila dah besar
Suruh adik pulak pergi belikan eskrem dekat pakcik tu. Malulah hikhikhik..
Zaman kecik-kecik
Selalu tengok abah karaoke kat rumah.
Bila dah besar
Abah pulak tengok aku karaoke. Siap bagi tunjuk ajar tentang key lagu lagi. HAHA!
Zaman kecik-kecik
Ramai sedara, kawan suka cubit pipi. HAHA comeyla tu konon-konon.
Bila dah besar
Aku macam what is wrong with u people?? Geez, grow up please. =_='
Zaman kecik-kecik
Bila nangis, pegi lari satu rumah biar ada orang pujuk.
Bila dah besar
Nak nangis sorang-sorang, tak perlu sape-sape pujuk. Ish konon tabah. Duh!
Zaman kecik-kecik
Pegi sekolah mie buat rambut ponytail, pastu kawan-kawan duk puji comey comey! XD
Bila dah besar
Pakai tudunglah sayang oii~~
Zaman kecik-kecik
Orang suruh makan banyak-banyak biar sihat.
Bila dah besar
Makan banyak sikit pun kena bahan. Ish!
Kalau nak listkan semua, letih menaiplah jawabnya. But seriously, the moments when I was a child, I do miss 'em. If only Doraemon exists...... T_T
Friday, 27 April 2012
Tanda-tanda Kematian
Assalamualaikum.
Tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud, cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus direntap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. Tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari mati
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang tinggal untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir (hari kematian)
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT, kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan serta fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT sama ada di dunia mahupun di akhirat. Wallahualam.
p/s: Malaikat maut mengintai kita 70 kali sehari....

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda,
“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu
kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian
mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai
ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk
menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka
keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik
rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.
Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik
roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan
saat nazak orang itu”.
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau
orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan
menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu
dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu
melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada
disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan
melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak
itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri.
Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam
masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah
kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat
tinggalnya”.
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT, kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan serta fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT sama ada di dunia mahupun di akhirat. Wallahualam.
p/s: Malaikat maut mengintai kita 70 kali sehari....
Tuesday, 24 April 2012
Dear God
Assalamualaikum.
Sekarang nak cakap-cakap tentang band Avenged Sevenfold. Ada yang tak kenal band ni?? Uishh siapa tak kenal A7x memang kesian. Lagu-lagu dia best gilerr okeh. Dengar sekali, automatik otak suh replay, search lirik dan hafal. HAHA. Punyalah best lagu dia kan. Baik hafaz al-Quran atau hafal nota daripada hafal lagu kan kan kawan-kawan?^^, Well, aku tak lah die hard fanatic fan band ni, tapi aku sangat suka lagu-lagu dia. Lagu sahaja okeh. Eh, bukan-bukan, vokalis dia sekali. Hehe. Tapi yang tang tatu tu, aku tak suka. Amat tak suka, walaupun mereka yang bertatu tu cakap "I'm sexy and i know it". Tak sexy pun lah! Seksa badan adalah. Pastu nampak pelik bila kulit ada banyak-banyak warna. Ok that's enough Fatin.
Band ni dah lama tertubuh. Pada tahun 1999. Asal diorang California, United States. Banyak lagu diorang yang famous amos, tapi aku tak tahu kesemuanya. My favs; M.I.A, Seize The Day, Afterlife, Gunslinger and of course Dear God! Meh nyanyi sama-sama! Lirik dah ada tu. :P

A lonely road crossed another cold state line
Miles away from those I love, purpose hard to find
While I recall all the words you spoke to me
Can't help but wish that I was there, back where I'd love to
be, oh yeah
Dear God, the only thing I ask of You
Is to hold her when I'm not around, when I'm much too far
away
We all need that person who can be true to you
But I left her when I found her and now I wish I'd stayed
Cause I'm lonely and I'm tired, I'm missing you again, oh
no, once again
There's nothing here for me on this barren road
There's no one here while the city sleeps and all the shops
are closed
Can't help but think of the times I've had with you
Pictures and some memories will have to help me through, oh
yeah
Dear God, the only thing I ask of You
Is to hold her when I'm not around, when I'm much too far
away
We all need that person who can be true to you
I left her when I found her and now I wish I'd stayed
Cause I'm lonely and I'm tired, I'm missing you again, oh
no, once again
Well, some search never finding a way
Before long they waste away
I found you, something told me to stay
I gave in to selfish ways
And how I miss someone to hold when hope begins to fade
A lonely road crossed another cold state line
Miles away from those I love, purpose hard to find
Dear God, the only thing I ask of You
Is to hold her when I'm not around, when I'm much too far
away
We all need the person who can be true to you
I left her when I found her and now I wish I'd stayed
Cause I'm lonely and I'm tired, I'm missing you again, oh
no, once again
A7x nak wat konsert tour kat Sunway Lagoon 29hb April ni, dibawakan oleh Tune Talk. Bagi die hard fan diorang, tunggu apa lagi? Tiket berapa ringgit? Haa, tiket bagi konsert Tour A7x dijual pada harga RM 88, RM 128, RM 158, RM 198, dan RM 258 dan sudah pun mula dijual oleh Tune Talk pada hari Sabtu yang lepas di Stadium Putra Bukit Jalil. Ni first Asia tour diorang tau! First okeh, first. Cepat-cepatla korang yang berminat tu pegi beli tiket ek.. Kang kalau da habis, menangis tak berlagu pulak.
p/s: Sob sob.. Aku pun nak pegi jugak.... T__T
Okbai.
Monday, 23 April 2012
Tenangkan fikiran, hilangkan tekanan.
Assalamualaikum.
Ada masalah? Kepala serabut? Haa, layan vids ni ye.. Jangan tensen-tensen tau, tak bagus untuk kesihatan.. Tengok ikut turutan tau.. =)
Bukan lawak ye, tapi bakat.. SHUKE GILER TENGOK! *__* I'm amazed...
Ooo.. Gelak ek.. Tak baik tau.. *MUAHAHAHA XD
Da siap tengok vids atas? Dah kurang stress tak? Moh tengok yang bawah ni pulak ye.. Best muzik diorang.. Konfem excited!
Apa perasaan anda sekarang? O.o
Kite speechless tengok vid last tu, sebab kacip terus gigi. Serius tak sanggup tengok. Padahal dah tau fake je pun.. Korang excited betul nak tengok kan kan ? Pastu bila da tengok, excited nak lempang kite ni kuat-kuat sebab dah tambah stress korang. Hikhikhik Gomen~ ^_^
p/s: Takmo garang-garang ye kawan-kawan..

Tuesday, 17 April 2012
Super Spontan Terbaekkk!
Assalamualaikum.
![]() |
Go go go SS! |
Siapa tengok super spontan??? Wah wah bukan main ramai yang angguk kan. (bajet macam ada beratus-ratas viewer blog ni =_='). Hari tu aku cuti semester kat rumah, layan tengok SS sampai ulang tayang banyak kali tak pernah puas! Seyes, hilang habis tekanan aku. Memang dua-dua team Angsa Ganas dan Beruang Comel spontan gila ah lawaknya. Aku paling sukaaaa minggu ketiga. Memang pecah perut! Aku memang suka Zizan sangat-sangat. Masa Zizan berspontan, aku dengan keluarga aku habis gelak sakan! Abang sulung aku, sampai hentak-hentak kaki (aku pun terikut sama hihihi), dia punya gelak....Ya ampun, kuat gila! Nasib baik rumah aku rumah lot, kalau rumah teres, naya kitorang kena marah oleh jiran-jiran. Mulut dia bukan main luas bukak, habislah kalau terlonggar rahang tu huhu. Adik aku pulak, gelak jahat sambil tampar-tampar paha aku. Sakitlah, tapi aku bahan gelak kuat jugak sambil tangan dok alih-alih tangan dia dari tampar peha aku. Haha. Memang kami betul-betul enjoy masa tu.
Kakak aku yang dok iron baju masa Zizan dan Tauke wat lawak, terus lari kat kitorang, terpinga-pinga muka, mintak kitorang rewind balik part lawak pecah perut tu. Nasib baik pakai Astro Beyond, kalau tak, menyesal hantuk kepala atas lantailah dia sebab miss part tu, siapa suruh iron baju masa tu. (sebenarnya, akulah yang akan menyesal style macam tu). Yang aku rasa geli hati, masa kami 5 beradik dok gelak bagai tak ingat dunia, aku tertengok kat umi aku. Senyum je dia. Bahagia kot dia tengok kami semua happy gila. Yelah, dah lama kot tak ada peluang nak berkumpul 5 beradik tengok tv macam tu.. =') Cuma satu je kurang, abah aku tak ada masa tu. Kalau tak, complete satu happy family dok gelak depan tv!
Part yang paling aku suka, permainan direktor tak siuman. Memang pecah perutlah! Beruang Comel lakonkan filem KL Gangster. Sumpah aku suka sangat tengok Johan jadi Shamsul! Memang jadilah, tambah pulak dengan different genres, lagi pecah perut aku. Tapi Angsa Ganas lagi hebatlah pegang game ni, nak-nak Zizan dan Tauke yang main. Ombak rindu kot! Zizan jadi Izzah, Tauke jadi Haris, dan Riezman Khuzaimi jadi Pak Dolah. Memang bergegar rumah aku dek frekuensi gelak abang aku plus hentakan kaki yang dahsyat gila tu. Aku nak taip pun tersekat-sekat sebab dok teringat lawak diorang masa tu. ='D.
Korang tengok sendiri tau. Konfem gelak sampai nangis-nangis, guling-guling sambil pegang perut sebab perut senak. Part game terteruk di dunia dan di ladang (if I'm not mistaken nama permainan tu) pun best jugak. Zizan buat catwalk heret badan atas lantai (seyes, aku rasa macam usus besar dan usus kecik aku berbelit-belit masa ni), Ropie lak, "eh ape ni, terselit" (masa ni lah, adik aku start tampar paha aku banyak kali, aku lak gelak sampai kuar air mata), Babyface Sathiya dok jalan ngengkang, and most hilarious part is when Tauke jalan macam pakai kaki anjing laut. Lawak wanna die! XD.
Aku lebih menyokong Angsa Ganas, sebab pertama jelas dan nyata, sebab ada Zizan. Sebab lain-lain, sebab ada Suhaimi dan Tauke yang aku rasa lagi lawak daripada Sathiya, Bell dan Ropie. Johan tu, tak payah cakaplah, memang tak leh dilawan lawaknya. "Oloh, amarika mu ni!" HAHAHA! Aku memang suka sangat time Amir kena bahan. Siapa suruh dia kuat perli~ But apa-apa pun, Zizan is always in my heart, awww~ *muka buat orang nak muntah. Boboi? Haa.. Bolehlah, sebagai pengulas.. Tak adalah annoying macam Amir. Adibah Noor, aku tak suka.
![]() |
Nah nah model terburuk! XD |
![]() | ||
"Abang Haris~" *muka miang- PANGG! makan penampor! XD |
![]() |
"Gua tak kesah lu abang long ke, *kaki terangkat adik long ke, *kaki terangkat mak long ke, *kaki terangkat, KL gu gu gu gua punyeee" XD |
Siapa-siapa yang tak tengok lagi Super Spontan, tengoklah cepat-cepat kat youtube tu ek. I am sure, even kalau korang tak gelak macam I did, korang pasti akan tersenyum. It will make your days. =) Tengok Lawak Ke Der pun puas hati! Jozan terbaeklah! Amaran ye bagi perempuan mengandung yang tunggu due tu, takut terberanak kat depan laptop tu je.. Dok gelak sangatkan sampai senak perut nak beranak. Gelak banyak, mati jiwa. (Aku tahu tu, tapi aku tak boleh tahan. T_T)
p/s: Lepas ni nak tengok cite Berani Punya Budak pulak. Ikut game GTA kot!! XD
Subscribe to:
Posts (Atom)