Saturday, 28 April 2012

Zaman kecik-kecik dan bila dah besar


Assalamualaikum.

Rindulah zaman kecik-kecik dulu.. Macam-macam pengalaman aku rasa. Kalau ada mesin masa Doraemon, dah lama pergi balik ke zaman dulu-dulu. Aww.. Memories.. :')

Zaman kecik-kecik
Makan sampai bersepah nasi atas meja tapi tak ada orang berani marah.
Bila dah besar
Makan sehabis sopan. Malu orang tengok kalau tertumpah sana, tertumpah sini. Anak daralah katakan.. =_=

Zaman kecik-kecik
Petang-petang main kejar-kejar, main polis entry, main sorok-sorok, nak dekat maghrib baru masuk rumah.
Bila dah besar
Petang-petang tengok tv/main lappy je sebab tak ada orang nak ajak beriadah. Jiran-jiran dah besar, masing-masing buat hal masing-masing. =_=

Zaman kecik-kecik
Kalau bergaduh dengan adik, sampai tarik-tarik rambut. HAHA!
Bila dah besar
Dah tak gaduh-gaduh dah. Matanglah konon-konon. XD

Zaman kecik-kecik
Abah selalu bawak satu family pergi taman permainan. Yeay yeayy!
Bila dah besar
Mie je yang selalu bawak anak-anak jalan-jalan kat luar. Abah busy. T_T

Zaman kecik-kecik
Malam-malam abang selalu cerita lawak/hantu sebelum tido. ( kami tido sebilik 4 beradik :') )
Bila dah besar
Malam-malam kakak pulak cerita tentang pengalaman (kisah cinta obviously) dia sambil kitorang gelak-gelak sebelum tido. :'D

Zaman kecik-kecik
Selalu mandi sungai beramai-ramai dengan sepupu dan adik beradik bila duduk kat kampung.
Bila dah besar
Tak manis anak dara mandi kat sungai. Dah bertahun tak mandi sungai... T_T


Zaman kecik-kecik
Bila main masak-masak, mesti aku yang tukang masak, orang lain tukang bagi barang masak.
Bila dah besar
Memang kerja akulah tolong mie masak. Cookin' is fun u know?

Zaman kecik-kecik
Selalu dapat duit kalau pegi rumah sedara-mara.
Bila dah besar
Kalau pegi pun tak dapat kecuali masa hari raya. Dem it!


Zaman kecik-kecik
Selalu beli eskrem kalau pakcik eskrem datang lalu kat depan rumah.
Bila dah besar
Suruh adik pulak pergi belikan eskrem dekat pakcik tu. Malulah hikhikhik..

Zaman kecik-kecik
Selalu tengok abah karaoke kat rumah.
Bila dah besar
Abah pulak tengok aku karaoke. Siap bagi tunjuk ajar tentang key lagu lagi. HAHA!


Zaman kecik-kecik
Ramai sedara, kawan suka cubit pipi. HAHA comeyla tu konon-konon.
Bila dah besar
Aku macam what is wrong with u people?? Geez, grow up please. =_='

Zaman kecik-kecik
Bila nangis, pegi lari satu rumah biar ada orang pujuk.
Bila dah besar
Nak nangis sorang-sorang, tak perlu sape-sape pujuk. Ish konon tabah. Duh!

Zaman kecik-kecik
Pegi sekolah mie buat rambut ponytail, pastu kawan-kawan duk puji comey comey! XD
Bila dah besar
Pakai tudunglah sayang oii~~

Zaman kecik-kecik
Orang suruh makan banyak-banyak biar sihat.
Bila dah besar
Makan banyak sikit pun kena bahan. Ish!


Kalau nak listkan semua, letih menaiplah jawabnya. But seriously, the moments when I was a child, I do miss 'em. If only Doraemon exists...... T_T



2 comments: