Tuesday, 17 April 2012

Super Spontan Terbaekkk!

Assalamualaikum.


Go go go SS!


Siapa tengok super spontan??? Wah wah bukan main ramai yang angguk kan. (bajet macam ada beratus-ratas viewer blog ni =_='). Hari tu aku cuti semester kat rumah, layan tengok SS sampai ulang tayang banyak kali tak pernah puas! Seyes, hilang habis tekanan aku. Memang dua-dua team Angsa Ganas dan Beruang Comel spontan gila ah lawaknya. Aku paling sukaaaa minggu ketiga. Memang pecah perut! Aku memang suka Zizan sangat-sangat. Masa Zizan berspontan, aku dengan keluarga aku habis gelak sakan! Abang sulung aku, sampai hentak-hentak kaki (aku pun terikut sama hihihi), dia punya gelak....Ya ampun, kuat gila! Nasib baik rumah aku rumah lot, kalau rumah teres, naya kitorang kena marah oleh jiran-jiran. Mulut dia bukan main luas bukak, habislah kalau terlonggar rahang tu huhu. Adik aku pulak, gelak jahat sambil tampar-tampar paha aku. Sakitlah, tapi aku bahan gelak kuat jugak sambil tangan dok alih-alih tangan dia dari tampar peha aku. Haha. Memang kami betul-betul enjoy masa tu.

Kakak aku yang dok iron baju masa Zizan dan Tauke wat lawak, terus lari kat kitorang, terpinga-pinga muka, mintak kitorang rewind balik part lawak pecah perut tu. Nasib baik pakai Astro Beyond, kalau tak, menyesal hantuk kepala atas lantailah dia sebab miss part tu, siapa suruh iron baju masa tu. (sebenarnya, akulah yang akan menyesal style macam tu). Yang aku rasa geli hati, masa kami 5 beradik dok gelak bagai tak ingat dunia, aku tertengok kat umi aku. Senyum je dia. Bahagia kot dia tengok kami semua happy gila. Yelah, dah lama kot tak ada peluang nak berkumpul 5 beradik tengok tv macam tu.. =') Cuma satu je kurang, abah aku tak ada masa tu. Kalau tak, complete satu happy family dok gelak depan tv! 

Part yang paling aku suka, permainan direktor tak siuman. Memang pecah perutlah! Beruang Comel lakonkan filem KL Gangster. Sumpah aku suka sangat tengok Johan jadi Shamsul! Memang jadilah, tambah pulak dengan different genres, lagi pecah perut aku. Tapi Angsa Ganas lagi hebatlah pegang game ni, nak-nak Zizan dan Tauke yang main. Ombak rindu kot! Zizan jadi Izzah, Tauke jadi Haris, dan Riezman Khuzaimi jadi Pak Dolah. Memang bergegar rumah aku dek frekuensi gelak abang aku plus hentakan kaki yang dahsyat gila tu. Aku nak taip pun tersekat-sekat sebab dok teringat lawak diorang masa tu. ='D. 

Korang tengok sendiri tau. Konfem gelak sampai nangis-nangis, guling-guling sambil pegang perut sebab perut senak. Part game terteruk di dunia dan di ladang (if I'm not mistaken nama permainan tu) pun best jugak. Zizan buat catwalk heret badan atas lantai (seyes, aku rasa macam usus besar dan usus kecik aku berbelit-belit masa ni), Ropie lak, "eh ape ni, terselit" (masa ni lah, adik aku start tampar paha aku banyak kali, aku lak gelak sampai kuar air mata), Babyface Sathiya dok jalan ngengkang, and most hilarious part is when Tauke jalan macam pakai kaki anjing laut. Lawak wanna die! XD. 

Aku lebih menyokong Angsa Ganas, sebab pertama jelas dan nyata, sebab ada Zizan. Sebab lain-lain, sebab ada Suhaimi dan Tauke yang aku rasa lagi lawak daripada Sathiya, Bell dan Ropie. Johan tu, tak payah cakaplah, memang tak leh dilawan lawaknya. "Oloh, amarika mu ni!" HAHAHA! Aku memang suka sangat time Amir kena bahan. Siapa suruh dia kuat perli~ But apa-apa pun, Zizan is always in my heart, awww~ *muka buat orang nak muntah. Boboi? Haa.. Bolehlah, sebagai pengulas.. Tak adalah annoying macam Amir. Adibah Noor, aku tak suka. 

Nah nah model terburuk! XD
"Abang Haris~" *muka miang- PANGG! makan penampor! XD

"Gua tak kesah lu abang long ke, *kaki terangkat adik long ke, *kaki terangkat mak long ke, *kaki terangkat, KL gu gu gu gua punyeee" XD

Siapa-siapa yang tak tengok lagi Super Spontan, tengoklah cepat-cepat kat youtube tu ek. I am sure, even kalau korang tak gelak macam I did, korang pasti akan tersenyum. It will make your days. =) Tengok Lawak Ke Der pun puas hati! Jozan terbaeklah! Amaran ye bagi perempuan mengandung yang tunggu due tu, takut terberanak kat depan laptop tu je.. Dok gelak sangatkan sampai senak perut nak beranak. Gelak banyak, mati jiwa. (Aku tahu tu, tapi aku tak boleh tahan. T_T)

p/s: Lepas ni nak tengok cite Berani Punya Budak pulak. Ikut game GTA kot!! XD

Okbai.

2 comments: